KUCHING, 6 Okt.
Premier Sarawak YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abg Johari bin Tun Abg Haji Openg telah hadir ke Majlis Perasmian Dewan Haji Baki dan program Penyerahan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri bagi Kpg Semeba dan Kpg Tematu bertempat di Dewan Kpg Haji Baki, Kuching.
Ketibaan YAB Premier Sarawak di mulakan dengan taklimat Pembangunan Kpg Haji Baki dan sekitarnya.
Dalam ucapan amanat, beliau terlebih dahulu mengucapkan syabas dan tahniah kepada penduduk Kpg Haji Baki yang telah mempunyai Dewan Baharu yang sepatutnya sudah diluluskan kerajaan pusat pada tahun 2016 tetapi dibatalkan oleh kerajaan PH apa bila mengambil alih kerajaan, namun pada tahun 2020 Kerajaan GPS meneruskan pembinaan Dewan setelah YB Ir Lo dan pemimpin Kpg memohon semula dan siap pada tahun 2022 ini yang bernilai RM1.5 Juta.
Katanya lagi, seperti mana yang telah dipohon dalam ucapan aluan YB Ir Lo terlebih dahulu untuk membina Pusat Komuniti sebagai tambahan kepada Dewan sedia ada, maka demi rakyat Haji Baki dan sekitarnya, saya meluluskan tambahan baharu sebanyak RM1.8 Juta lagi, dengan tepukan gemuruh semua hadirin sebagai tanda terima kasih.
Tambahnya lagi, beliau juga mengucapkan tahniah kepada seramai 463 orang penerima hak milik tanah seksyen 18 bagi Kpg Semeba dan Kpg Tematu, dan berharap mereka mengguna dan menjaga tanah tersebut demi masa depan mereka.
"Buktinya dari tahun 2010 hingga Ogos 2022, Jabatan Tanah dan Survei Sarawak telah pun berjaya menyukat secara perimeter seluas lebih kurang 1,052,229 hektar seluruh Sarawak dan akan meneruskan program tersebut termasuk pengukuran Kampung Tradisi demi rakyat Sarawak," katanya lagi.
Pada akhir majlis YAB secara rasmi menandatangani plak Perasmian Dewan dan menyampai kepada seramai 22 orang penerima sebagai simbolik mewakili semua penerima dari kpg-kpg tersebut.
Turut hadir sama adalah Timbalan Premier Sarawak, YB Dato Sri Prof Dr Sim Kui Hian, Senator Dewan Negara YB Dato Ahmad bin Dato Seri Ibrahim, YB Ir Lo Khere Chiang ADUN N.13 Batu Kitang, YB Wilfred Yap Yau ADUN N12 Kota Sentosa, Datu Sherrina by Hj Husaini, Residen Kuching, Datu Abdullah Haji Julaihi, Pengarah Jabatan Tanah dan Survei Sarawak dan kenamaan lain.
Sumber dari : Sarawakku